Yang Ada Nie Pun Lebih Dari Cukup Der.

        Manusia mempunyai keperluan asas dalam meneruskan hidup dan dalam keperluan2 tersebut pula dibahagikan dengan beberapa keperluan yang membantu di dalam kehidupan seharian jika ada dan tidak pula menyusahkan jika tiada. Setiap manusia mempunyai nafsu yang mendorong mereka mengejar sesuatu yang sukar untuk dimiliki tetapi amat kecil kesannya dalam kehidupan seharian.



Apakah definisi keperluan?


        Dalam bahasa yang mudah keperluan itu adalah sesuatu yang amat diperlukan bagi menyara hidup dimana ianya cukup sekadar memenuhi keperluan untuk hidup iaitu tempat tinggal, makanan, dan pakaian. Manakala pendidikan dan penjagaan kesihatan adalah pilihan iaitu bonus bagi yang memilikinya.




        Keinginan pula ialah sesuatu yang didorong oleh nafsu dan impian yang tidak terbatas oleh keadaan kewangan manusia itu sendiri. Senang cakap bila dah ada angan2 faktor kewangan bukan lagi penghalang untuk manusia memenuhi nafsu yang tidak terbatas itu. Contohnya kereta dan handphone, kita semua tau setiap tahun berpuluh2 model baru akan dilancarkan dan kita berebut nak beli walaupun poket dah tinggal habuk tetapi disebabkan nafsu yang meluap2 Laut China Selatan pun sanggup diredahinya. 


        Maka antara sedar atau tidak kita sebagai manusia telah melakukan kezaliman pada diri sendiri sebab untuk mencapai sesuatu keinginan tu kita sanggup mengikat perut dan mandi sehari sekali jek semata2 nak beli iPad2 Special Edition warna putih metallic versi 2.20. Bagi mereka yang berkemampuan tu takpe la tapi bagi mereka dan keluarga mereka yang tak mampu lak nak cakap camane?tegur nanti kang cakap kita sibuk tepi kain dia lak tapi bila susah carik kita jugak kan. 


        Ramai antara kita terutamanya golongan remaja yang menjadi hamba kepada permainan dunia. Mengikut bancian yang dibuat oleh Syarbi'in dan Khairil pada beberapa hari yang lepas, seramai 76.01% remaja menjawab mengikut trend atau up-to-date-ing manakala yang selebihnya menjawab saja2 & menunjuk2 sebagai alasan untuk memiliki gadget2 mahal seperti kamera DSLR, smartphone, laptop, keychain dan lain2.




                
        Bayangkan kalau harga bagi seketul gadget yang paling murah ialah seribu, kalau 3 or 4 gadget yang dia ada tak ke total dia..............
RM 3267.35?,, haa, banyak giler kan. Ye tau dia beli guna duit dia tapi kan lagi bagus kalau duit yang dia laburkan untuk beli gadget seperti itu digunakan untuk dapatkan balik modal. Contoh kamera DSLR tu boleh buat cari duit lagi2 time musim mengawan, I mean perkahwinan.

        Bukan saya jealous or ape, just saying my own opinion about how we as youngsters of Malaysia should start to think out of box, jangan jadik macam frog under the coconut shell. Be creative, inovative, and positive. 


        Tak salah nak beli benda2 macam tu tapi kena beringat, jadikla manusia yang bersederhana dalam semua aspek kehidupan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Letakkan keperluan sebagai pilihan yang pertama dan keinginan ditempat kedua. Bak kata pepatah "Ikut hati binasa, ikut santan rosak susu sebelanga."


Be Moderate Okay :)  
       

0 comments:

Post a Comment