Petua Untuk Berbaik Semula.

        " Sedangkan lidah lagi tergigit ", itulah peribahasa yang biasa kita dengar bila dikaitkan dengan pergaduhan atau konflik sesama manusia. Sebagai manusia kita tak dapat lari daripada pergaduhan samada dengan keluarga, kawan atau lawan. Kadang2 kita nie cakap ikut sedap mulut je kan, biasala orang tengah marah satu apa pun dia tak peduli. Tak salah kita marah untuk kebaikan seseorang tapi apa akan jadi kalau perkataan yang keluar dari mulut kita tu boleh buatkan orang yang berkenaan tersinggung.


       Saya tak arif sangat dalam bab2 pujuk memujuk nie tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menolong dikau. Berikut merupakan beberapa cara dan alternatif yang boleh anda gunakan dalam usaha untuk memperbaiki hubungan sesama atau selain jenis.


  • Tegur-menegur
    >> Sebagai seorang kawan yang berhati mulia adalah lebih baik jika anda mulakan dulu menegur kawan yang dah merajuk tadi. Buangkan sifat ego yang menebal setebal make-up model Maybelline, cari peluang untuk mencipta perbualan dengannya. Contoh, bila tiba waktu makan kita cuba pelawa dia makan sama tapi cakap elok2 la jangan ajak hangat2 najis ayam lak.
  • Ajak hang-out
    >> Ada masa kita tak reti nak cakap or mulakan perbualan, so untuk permudahkan mulut untuk berkata2 apa kata anda invite kawan anda untuk keluar bersama berjalan2 sekitar bandaraya. Contoh ayat pelawaan yang biasa dan mudah ialah macamni "Izara Aisyah, jom keluar pergi jalan2....aku ada benda nak bincang dengan kau".
  •  Bawa berbincang
    >> Approach your friend at the right time and place. Bila ada peluang yang sedemikian anda cuba bertanya akan perkara yang dia tidak puas hati dengan anda, face-to-face kata Abon. Jangan cepat melenting kalau dia cakap lepas, gunakan saat ini untuk membuktikan bahawa anda ialah seseorang yang bertoleransi dan pohon kemaafan daripadanya. Yang nie mungkin tak ramai yang berani buat tapi saya percaya bahawasanya benda siapa yang dapat melakukannya nescaya dia mampu untuk berdepan dengan musuhnya suatu hari nanti InsyaAllah.
  • Minta tolong dengan kawan
    >> Anda merupakan seseorang yang berani, gagah, tampan dan bekarisma cuma masalahnya anda sangat pemalu orangnya. Untuk manusia seperti ini adalah disarankan untuk menggunakan khidmat masyarakat tempatan iaitu rakan bersama (kira dia kawan jugakla ngan orang yang kita gaduh tadi). Pastikan dia seorang yang amanah dan tekun dalam pelajaran supaya setiap bait yang anda cuba sampaikan tidak lari dari maksod sebenar.
  • Call or mesej
    >> Yang nie ialah option terakhir bagi mereka yang tak mampu untuk melakukan pilihan2 di atas, walaupun nampak mudah tapi ayat yang hendak dihantar tu perlu dipastikan betul2 bermakna dan tidak menambah kesakitan pada hati si penerima. Make sure anda menyesali perselisihan tersebut, meminta maaf dan berharap supaya dapat berbaik semula dengannya.
        Petua2 di atas juga boleh diaplikasikan untuk memujuk kaum keluarga, kekasih, sedara-mara, adik beradik tiri, ibu mertua dan isteri yang tua. Ego manusia ibarat batu belah yang terlungkup, amat sukar untuk mengeluarkan isinya tetapi apabila dah tak terlungkup amat mudah untuk ia menerima air hujan yang turun bagaikan mutiara (fahamkan sendiri). Ingat, manusia yang sanggup mengenepikan egonya semata2 untuk memujuk orang yang disayang adalah seseorang yang paling layak untuk disayangi.

Ingat, Jangan Buat Lagi.....