Steady Jek Dahla......


        Tiap hari ada jek masalah yang menimpa tak kira kecil atau besar susah mahupun senang. Ada yang tenang bila berhadapan dengan masalah macamni dan ada juga yang jadi tak tentu hala sampai tak senang duduk gamaknya. Si Tenang nie kita tak kisah sangatla tapi bagi yang tak pernah nak tenang nie camane lak?...
       
        Haa,adoila dengan orang2 yang macam nie sebab mereka cepat panik bila berhadapan dengan masalah walaupun benda tu kecik punya hal je bak kata Mat Salleh bin Harun "It's a small matter". Jadi pada kali ini saya nak berkongsi pengalaman dan sedikit pengajaran yang mungkin dapat membantu anda dalam menghadapi liku2 dan ranjau2 hidup yang bakal mendatang. 


        First of all saya ingin menanyai sesoalan kepada anda semua, apakah kebaikan yang anda dapat bila anda merasa risau atau bimbang bila ditimpa masalah. Kalau ada yang jawab A untuk ada maka anda ada....masalah. Sebenarnya perasaan risau atau worry ini ialah satu mind-setting yang telah di setkan pada minda kita setiap kali ditimpa masalah which mean you will automatically be worried when a problem came.


        Otak kita terdiri kepada 3 bahagian, dan ketiga2 bahagian tersebut adalah takde kena mengena langsung dengan topik kali nie. Back to the topic, perasaan risau nie sebenarnya sejenis penghalang yang dicipta oleh minda kita sendiri where ia membuatkan kita tidak dapat berfikir secara rasional dan berhati2. Nyatijahnya kita akan membuat keputusan yang terburu2 tanpa membuat pertimbangan yang waras wesmangan.


        So, if you wanna change I will help but if you don't I'll still try to help but in ways where you wouldn't know. Antara cara2 untuk berdepan dengan masalah ialah :



  • Tarik nafas - Mungkin ramai yang fikir benda nie macam langsung tak membantukan?tula saya pun, tapi apa salahnya kita cuba. Setiap kali ada probs cuba tarik nafas dalam2 dan hembuskan secara perlahan2. Lakukan ditempat yang luas dan tenang supaya efeknya lebih baik.
  • Minum secawan teh/kopi
    - Minuman yang berkafein nie sebenarnya sangat efektif untuk dijadikan sebagai penenang dikala gundah, tapi minum dalam kuantiti yang sedikit kerana ianya akan menyebabkan ketagihan. Sebab tula orang yang menghisap rokok nie nampak tenang sentiasakan, tapi jangan cakap wa suroh lu isap rokok lak! kang ini makan die.
  • Melawat tempat riadah
    - Seharian masa yang dihabiskan ditempat kerja mesti sangat memenatkan, jadi gunakanlah masa lapang anda untuk pergi beriadah atau berjalan2 di taman astakona atau apa2 taman yang menarik dan percuma untuk dilawati.
  • Melihat keindahan alam
    - Kajian ke atas tikus mondok telah membuktikan bahawa melihat sesuatu yang berwarna hijau dapat menenangkan minda. Lihatlah dan amatilah keindahan alam ciptaan Allah S.W.T disekeliling kamu dan sedarilah akan kebesaranNya.
  • Seronokkan diri anda
    - Lakukan perkara2 yang boleh membuat anda lupa sebentar akan masalah yang bersarang didalam kepala. Cukup sekadar untuk mengukir senyuman bukan sampai tak ingat dunia.
  • Share dengan orang yang diakui status amanahnya
    - Setiap manusia pasti ada seseorang yang boleh dipercayai. Maka inilah masanya untuk anda luangkan masa bersama sambil menceritakan masalah yang dihadapi supaya beban yang dipikul serba sedikit dapat dikurangkan.
        Selepas anda melakukan perkara2 di atas barulah anda fikirkan masalah yang dihadapi dan dengan tenang cari jalan penyelesaian yang sesuai. Jika anda masih buntu dan tak keruan cuba anda pergi ke bilik air dan buka pili perlahan2 sambil baca niat wuduk, lepas wuduk terus solat dan berdoa minta pertolongan dariNya. Cuba praktikkan dalam kehidupan seharian supaya anda dapat adapt dengan masalah dalam apa jua keadaan. InsyaAllah.

SELAMAT CUBA TRY TEST!!

        

0 comments:

Post a Comment