Jangan Menyerah...

        Setiap manusia pasti pernah menempuhi dugaan dalam hidup. Tidak kira umur, darjat dan harta kerana semakin dewasa dugaan yang kita hadapi semakin berat. Tetapi ingat, setiap dugaan dan cabaran itu datang bukan untuk menjatuhkan kita tapi untuk mematangkan manusia. Kita harus sedar bahawa pengalaman itu mendewasakan kita, tanpa sedar atau tidak selepas kita berjaya menghadapi sesuatu ujian dariNya terasa diri menjadi insan yang lebih tabah dan berani untuk menghadapi risiko.

        Ya, memang benar dugaan yang kita pernah lalui adalah amat perit dan seperti tiada siapa di dunia ini yang pernah merasa kesakitan yang kita rasa, tiada siapa yang faham bagaimana seksanya untuk kita menempuhi dugaan tersebut. Ingatlah sahabatku, tiada seorang pun manusia yang dapat lari dari ujian Allah S.W.T., even manusia yang paling bahagia didunia tidak terlepas dari menerima ujianNya. Pernahkah kita terfikir bagaimana hidup saudara2 kita yang berada di Palestin dan Syria? Pernahkah kita ambil tahu walaupun sedikit tentang apa yang mereka lalui saban hari?...Setiap hari kediaman mereka diserang dan ahli keluarga mereka dipukul, ditembak, dan diseksa tanpa belas kasihan..

Gambar hiasan


Can you feel what they felt?
         Open up your eyes my friends, if you think you are the most miserable person in the earth then you should first think about them. Mereka tetap kuat dan tabah menjalani hidup mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini walaupun anak atau adik-beradik atau ibubapa mereka mati dibunuh oleh manusia yang telah ditutup pintu hatinya. Jadikan mereka sebagai pembakar semangat untuk kita terus tabah menjalani hidup yang tak pernah sunyi daripada tangisan.


        Bersabar ya kawan, setiap dugaan yang menimpa itu pasti ada hikmah disebaliknya. Jangan cepat menyerah, tabahkan diri dan kuatkan semangat untuk menghadapi dugaan2 yang mendatang. Sediakan diri dengan perisai yang tidak dapat dipecahkan oleh kata2 yang menyakitkan dan dinding yang tidak dapat dirobohkan oleh manusia2 pendengki. 


        Ingatlah wahai sahabat, kamu tidak bersendirian di dunia ini. Kamu dikelilingi oleh orang2 yang sentiasa menyayangi dan mengingati kamu tidak kira di mana kamu berada. Carilah dan sentiasalah mengingati mereka, jangan biar diri kamu menghadapi dugaan ini sendirian kerana manusia adalah makhluk yang rapuh. Kuat fizikal tidak bermakna kamu mampu untuk menempuhi semuanya dengan sendiri. Dan yang paling penting ingatlah pada Allah S.W.T yang tidak pernah menjauhkan diri daripada hamba2nya cuma kita yang sentiasa menjauhkan diri daripadaNya. Carilah kekuatan kamu, kejar setiap peluang yang ada dan jangan biarkan perkara yang lepas menghalang kamu untuk mengenal diri sendiri. 


A nice song for them who are feeling down.....



Take my hand, together we look for a new hope ;)

0 comments:

Post a Comment